Cari @ Amanz

Sejak Honor dijual oleh Huawei dan menjadi jenama tersendiri, pelancaran peranti dan berita mengenai perkembangan jenama ini agak sepi. Kali terakhir kita dengar adalah Honor melancarkan siri V40 di China, yang mana masih tiada khabar mengenai Honor View 40 atau petanda pelancaran global.

Honor Magic 2

Selepas tiada ikatan dengan Huawei, Honor mula berbincang dengan Google untuk menyertakan GMS pada sistem operasi mereka Magic UI, bekerjasama dengan Intel dan Qualcomm dan turut berhasrat ingin hadir dengan peranti mercu yang bersaing dengan Apple dan Huawei. Kita sudah masuk ke tahun 2021 dan suku pertama tahun ini sudha pun hampir tamat dan masih tiada khabar mengenai pengenalan jenama Honor untuk pasaran global. Terkini, peniris terkenal RODENT950 mendedahkan yang Honor bakal hadir dengan Magic 3, Magic X dan siri baharu X20.

Dalam senarai produk ini, siri V40 mungkin akan dilancarkan secara global. Magic 3 adalah peranti mercu baharu, di mana mungkin dijana Snapdragon 888, menggunakan rekaan siri Magic yang dikenali ramai, skrin berlubang dan mungkin dilancarkan pada Julai 2021. Magic X pula adalah peranti dengan skrin boleh-lipat tersendiri Honor, manakala X20 adalah barisan peranti kelas pertengahan baharu.

Beberapa peranti ada kemungkinan besar dilancarkan secara lebih awal. Sama-sama kita nantikan kejutan dari Honor tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd