Honor Ingin Hadir Dengan Peranti Mercu Yang Bersaing Dengan Apple Dan Huawei

Diterbitkan pada Feb 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

November tahun lepas, Huawei telah menjual Honor dan secara tidak langsung menjadikan Honor adalah syarikat dan jenama tersendiri. Dengan tidak lagi terikat di bawah kawalan Huawei, Honor ingin menandingi Huawei dalam pasaran telefon pintar. Honor sudah pun menandatangani perjanjian dengan Intel dan Qualcomm, dan turut dijangka kembali bekerjasama dengan Google.

Honor sebelum ini dilaporkan akan hadir dengan peranti yang mempunyai sokongan GMS, yang mana mungkin adalah Honor V40 untuk pasaran global. Terkini, CEO Honor iaitu Zhao Ming – menyatakan yang mereka ingin memfokuskan kepada menawarkan banyak peranti mercu. Dengan tiada ikatan dengan Huawei lagi, beliau turut katakan ingin bersaing dengan Huawei dan Apple.

Honor juga ingin kembangkan lagi pasaran mereka secara lebih meluas. Disebabkan mereka masih dalam proses kembali bekerjasama dengan Google dan memperoleh stok cip pemprosesan – persaingan adalah penting. Ini bermakna, Honor mungkin akan terus hadir dengan peranti memfokuskan pasaran China bagi membina nama sekali lagi sebagai jenama “baru”.

Di China, produk-produk Honor sudah pun dijual dalam kedai atas talian tersendiri. Dengan nama Honor yang sudah cukup terkenal, mereka mungkin boleh mengatasi Huawei jika sudah mempunyai akses GMS. Pengasas Huawei turut berharap Honor akan berjaya, apa kata anda?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami