CEO Honor – Peranti Magic Akan Menyaingi Huawei Siri Mate Dan P

CEO Honor – Peranti Magic Akan Menyaingi Huawei Siri Mate Dan P

Diterbitkan pada Mac 20, 2021 oleh .

Honor secara rasmi berpisah dari Huawei untuk bergerak secara kendiri bagi memastikan kelangsungan perniagaan. Walaupun di bawah konsortium baharu, George Zhao masih lagi kekal sebagai ketua pegawai eksekutif Honor dan kini mengemudi syarikat yang tidak akan dikekang oleh sekatan ekonomi Amerika Syarikat. Dalam sebuah temubual bersama media China, beliau yakin bahawa peranti keluaran Honor akan mampu memintas kepopularan peranti yang dikeluarkan Huawei.

Honor Magic

Menurut beliau peranti Huawei Magic akan dapat menandingi peranti Huawei dari siri Mate dan P yang selama ini menjadi bayang-bayang yang besar kepada siri V keluaran Honor. Semasa di Kuala Lumpur tiga tahun lalu yang lalu, Zhao memberitahu kami Honor menyasarkan akan menjadi antara lima pengeluar peranti terbesar dunia di belakang Huawei. Tetapi ini sasaran mereka melangkaui Huawei dengan syarikat tersebut mula kehilangan pasaran kerana tidak mampu mengeluarkan peranti dengan komponen yang mencukupi.

Honor mampu melakukannya kerana mereka telahpun mendapatkan kebenaran untuk menggunakan cip Snapdragon 888 keluaran Qualcomm dan akses kepada Google Mobile Services. Ini mungkin petanda paling jelas peranti Honor Magic akan akhirnya dipasarkan ke peringkat global selepas sekian lama hanya untuk pasaran China.


Paling Popular