Apple Pernah Cuba Menyokong Flash Pada iOS Tetapi Prestasinya Mengecewakan

Diterbitkan pada Apr 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara kayu yang digunakan peminat Android untuk membedal iPhone pada zaman awal perang sistem operasi ialah iOS tidak menyokong Flash. Sokongan Flash panda Android menjadi topik utama kerana pada waktu tersebut ia digunakan pada hampir kesemua laman web popular. Secara rasminya Steve Jobs berkata Apple tidak pernah ingin menyokong Flash pada iOS kerana percaya HTML5 ialah teknologi yang lebih baik. Tetapi realitinya tidak seperti itu.

Scott Forstall yang merupakan bekas ketua pembangunan perisian Apple dalam pernyataan bersumpah untuk kes Epic Games menentang Apple mendedahkan pernah ada percubaan untuk menyokong Flash di iOS. Apple turut memberikan bantuan kepada Adobe untuk memindahkan perisian ke iOS tetapi membuahkan hasil yang tidak memuaskan dan memalukan. Oleh sebab itulah iOS tidak menyokongnya secara rasmi kerana dilihat tidak menguntungkan pengguna.

Flash tidak lagi wujud dengan sokongan dihentikan oleh Adobe pada 31 Disember 2020. Dalam kes Epic Games menentang Apple, banyak pendedahan dilakukan seperti Apple pernah merancang untuk menyokong iMessage di Android tetapi dihentikan selepas dilihat hanya merugikan syarikat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami