Rekaan Samsung Galaxy Z Flip2 Turut Tertiris Dengan Skrin Luar Yang Lebih Besar

Diterbitkan pada Mei 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rekaan Z Fold3 telah tertiris menunjukkan sokongan S Pen dan skrin boleh lipat dengan kamera bawah skrin. Tetapi ia bukan satu-satunya peranti yang rekaannya bukan lagi misteri hari ini kerana rekaan Galaxy Z Flip2 turut telah menyusul menerusi laman Sammobile.

Perbezaan paling ketara ialah skrin pada bahagian luar yang sekitar empat kali ganda lebih tinggi untuk memaparkan notifikasi. Ia masih tidak sebesar seperti yang ditemui pada Motorola RAZR. Dwi-lensa kamera juga lebih besar yang kini disusun secara menegak. Rekaan dwi-tona pada bahagian luar kelihatan lebih menarik kini dengan satu warna sahaja tanpa sebarang penggunaan warna cerun seperti model tahun lalu.

Panel depan dan belakang menggunakan panel Gorilla Glass Victus yang lebih tahan lasak dengan engsel yang masih lagi sama seperti model tahun lalu. Terdapat ura-ura Galaxy Z Flip2 akan mempunyai kemampuan kalis air dan tubuh lebih tahan lasak selepas tanda dagang Armor Frame. Untuk mengetahui sejauh manakah kesahihan rekaan yang tertiris ini kita perlu menunggu untuk ia dilancarkan seawal Julai hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami