Redmi Note 10 Pro 5G Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi Dengan Cip Snapdragon 750G

Diterbitkan pada Mei 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi baru-baru ini telah dinobatkan sebagai jenama telefon pintar pertama di Malaysia. Mana tidaknya kalau pelbagai peranti dilancarkan tanpa henti. Siri Mi 11 sahaja sudah ada beberapa variasi, apatah lagi degan Redmi, Poco dan banyak lagi.

Tidak lama lagi, iaitu pada 20 Mei Xiaomi Malaysia akan melancarkan Mi 11i, Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G pula. Memberikan pengguna lebih banyak pilihan dan juga membuatkan pengguna yang baru sahaja membeli model baru marah – kerana ada lagi model yang lebih terkini.

Di pasaran Eropah seperti Itali, Xiaomi turut sedang memfokuskan membina jenama mereka agar lebih kukuh. Misalnya, Mi TV P1 yang baru sahaja dilancarkan. TV ini kelihatan seakan Mi TV 4S untuk pasaran China yang mana turut akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Tidak berhenti di situ, Xiaomi Itali mengacah kehadiran Redmi Note 10 Pro 5G pula.

Peranti ini mungkin adalah variasi Redmi Note 10 paling premium dan paling mahal. Masih tidak jelas lagi apakah spesifikasinya. Tetapi ramai katakan ia akan dijana dengan Snapdragon 750G. Rekaan kelihatan lebih kurang sama, membezakan semua Redmi Note 10 mugkin hanyalah pada warna. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami