Pembangunan Windows 10X Dilaporkan Telah Dihentikan Microsoft

Diterbitkan pada Mei 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Berita mengenai Windows 10X muncul dua tahun lalu dan ia dilihat sebagai pesaing kepada Chrome OS. Ia menyasarkan penggunaan pada komputer riba berkuasa rendah dan peranti dwi skrin Surface Neo.Kini menurut laporan Petri, pembangunan sistem operasi yang lebih ringan berbanding Windows 10 ini telahpun dihentikan oleh Microsoft.

Pembangunan dihentikan selepas Microsoft menilai semula strategi perisian mereka. Windows 10X dibangunkan bagi memberikan persaingan kepada Chrome OS yang amat popular di kalangan pelajar sekolah. Tetapi dengan pandemik menyerang dunia, permintaan untuk komputer riba Windows 10 telah meningkat semula. Oleh itu tumpuan kini diberikan Microsoft kepada Windows 10 dengan kod binaan Sun Valley dengan rekaan antaramuka, ikon dan sistem baharu.

Dengan Windows 10X dibatalkan, ini mungkin satu lagi petanda jelas bahawa Surface Neo juga dibatalkan. Ia diperlihatkan pada tahun 2019 tetapi sehingga kini tidak dilancarkan dengan Microsoft sekadar berkata ia ditangguh.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami