Google Nest Hub 2018 Akan Menjalankan Sistem Operasi Fuchsia OS

Diterbitkan pada Mei 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fuchsia OS adalah sistem operasi generasi baharu Google. Banyak spekulasi dan informasi menarik kedengaran mengenai sistem operasi ini. Antaranya adalah Google akan menggunakan Fuchsia sebagai pengganti kepada Linux. Ada juga katakan Fuchsia adalah sistem operasi semua dalam satu untuk mudah berjalan secara rentas-platform dan banyak lagi.

Fuchsia

Google dilihat sudah bersedia dengan Fuchsia OS ini, apabila Nest Hub generasi pertama yang dilancarkan pada tahun 2018 – tersenarai dalam laman Bluetooth SIG dengan menjalankan Fuchsia OS 1.0. Kemudian turut dilaporkan yang Samsung turut serta membantu membangunkan Fuchsia bersama-sama dengan Google. Terkini, setelah sekian lama – Fuchsia OS sedia diedarkan.

Tetapi bukannya satu sistem operasi dengan pengalaman pengguna, ia hanyalah untuk asas kepada sebuah sistem lain. Peranti pertama adalah Google Nest Hub 2018, atau nama asal Google Home Hub. Kesemua peranti berhubung Google menjalankan sistem operasi khusus berasaskan Linux – Cast OS. Google hanya menukar asas Linux kepada Fuchsia. Antaramujka, fungsi, ciri, pengalaman penggunaan dan lain-lain lagi adalah sama lagi dengan Cast OS yang asal.

Google akan mula mengedarkan kemaskini ini kepada pengguna yang menyertai program percubaan. Memandangkan ia adalah sama sahaja, hanya asas berbeza – berkemungkinan besar pengguna tidak akan dapat rasakan sebarang perubahan. Google mungkin dalam persediaan hadir dengan sistem operasi yang mesra dengan peranti berhubug terlebih dahulu – seperti menjayakan Matter sebelum kembanghkan kepada lebih banyhak peranti.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami