Cari @ Amanz

Fuchsia OS Mungkin Boleh Menjalankan Aplikasi Android Atau Linux Secara Natif – Seperti Sistem Apple Mac-M1

Link Copied!

Fuchsia OS adalah sistem operasi baharu Google. Sistem ini berbeza dengan Android atau Chrome OS yang dibina berasaskan kernel Linux, sebaliknya dibina berasaskan Zircon. Ia dijangka akan menjadi sistem operasi utama Google yang baharu, yang mana satu sistem operasi untuk semua – seperti yang Huawei ingin lakukan melalui Harmony OS.

Fuchsia OS kedengaran sejak beberapa tahun lepas lagi, hanya pada tahun 2019 ia diumumkan secara rasmi. Sistem operasi ini akan menggunakan antaramuka berasaskan cards dengan rekaan Material Design yang berbeza dengan Android sedia ada. Adakah Android 12 dengan rekaan baharu nanti dibina berasaskan Fuchsia?

Terkini, Google dilihat mencadangkan untuk menawarkan sokongan menjalankan aplikasi Android dan Linux secara natif. Terdapat sistem yang digelar Starnix ditemui dalam Fuchsia Gerrit, yang dijelaskan untuk menterjemah program klien Linux kepada subsistem Fuchsia. Perkara ini membolehkan dua-dua jenis aplikasi ini berjalan tanpa bergantung kepada pelagak atau virtual machine.

Fuchsia

Ini bukan kali pertama kita mendengar yang Fuchsia OS akan menyokng aplikasi Android. Awal tahun 2019, petanda sokongan ini sudah muncul dalam kod pembangunan Android. Kemudian, terjemahan dari aplikasi Android ke sistem Fuchsia ini dilihat mirip dengan penawaran Apple melalui peranti Mac-M1 Apple. Perisian biasa boleh diterjemah menjadi versi ARM. Adakah sebab ini Google mengupah kakitangan veteran Apple untuk membantu membangunkan Fuchsia OS?


Komen ()