Huawei MatePad Pro Baharu Turut Akan Menjalankan Harmony OS – Bakal Dilancarkan 2 Jun

Diterbitkan pada Mei 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam telah kami laporkan yang Huawei Watch 3 akan menjadi jam tangan pintar pertama mereka menjalankan Harmony OS. Menjadi tanda tanya adalah, apakah asas perisian sebenar yang mereka jalankan? Menurut Huawei, Harmony OS adalah satu sistem operasi untuk semua. Bermakna ia boleh berjalan pada jam, komputer, tablet, telefon atau juga inforia kenderaan.

Huawei TV di Malaysia yang kami ulas, sah menjalankan Harmony OS 2.0 dengan asas Android – kerana APK masih boleh dipasang. Ada kemungkinan besar Huawei mempunyai jalan penyelesaian lain buat jam tangan mereka. Harmony OS juga akan dilancarkan pada 2 Jun tidak lama lagi. Kini Huawei mengesahkan yang tablet mercu akan datang mereka – Huawei MatePad Pro akan menjalankan Harmony OS.

Mereka sekadar mengacah rekaan Huawei M Pen baharu mereka, yang sudah pasti adalah untuk MatePad Pro baharu. Dalam poster yang sama, turut memperlihatkan logo Harmony OS dan tarikh pelancaran 2 Jun. harmony OS dikatakan mempunyai banyak perubahan. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami