Realme Mungkin Akan Kembali Menggunakan ColorOS Sepenuhnya

Diterbitkan pada Mei 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

September tahun lepas, Realme telah melancarkan Realme UI. Ia adalah sistem operasi tersendiri mereka yang masih lagi berasaskan ColorOS. Ia hanyalah penjenamaan semula dengan sedikit ciri tambahan eksklusif Realme. Ia adalah sama seperti Honor menggunakan Magic UI yang berasaskan EMUI.

Terkini, Realme sedang meminta maklum balas pengguna mengenai sistem operasi mereka. Dalam borang kaji selidik, majoriti soalan adalah mengenai ColorOS. Selain itu, Realme juga memberi petanda yang mereka mungkin akan kembali menggunakan ColorOS sepenuhnya. Jika Realme menggunakan ColorOS, mereka turut meminta pendapat pengguna apakah nama yang patut digunakan – ColorOS atau ColorOS for Realme?

Color OS baharu yang adalah ColorOS 11. Ia adalah iterasi Oppo terbaik untuk ColorOS kerana lebih mendekati pengguna global dan tidak lagi menggunakan tema berat klise pengeluar China. ColorOS 11 juga lebih mendekati Android asli dan banyak ciri dan fungsi menarik dimuatkan untuk memberikan pengalaman penggunaan lebih baik.

Jadi, ada sebabnya kenapa Realme tidak jadi hadir dengan sistem operasi tersendiri berasaskan Android asli. ColorOS milik Oppo yang dimiliki oleh BBK ini sudah bagus. Menggunakan asas ColorOS padaa Realme UI juga sudah bagus. Apatah lagi terus menggunakan ColorOS sepenuhnya kembali. Ia akan menjimatkan masa pembangunan dan pengedaran kemaskini juga boleh menjadi semakin pantas.

Mungkin Realme akan mengikut OnePlus, OnePlus 9 di China menggunakan ColorOS for OnePlus. Jadi Realme boleh tawarkan ColorOS for Realme. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami