United Airlines Menempah 50 Pesawat Penumpang Supersonik Overture

Diterbitkan pada Jun 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Era pesawat penumpang supersonik akan kembali semula dengan beberapa syarikat mula membangunkan kapal terbang masing-masing. Boom Supersonic telah memperlihatkan rekaan pesawat Overture mereka pada tahun 2016 dengan sasaran terbang pada kelajuan Mach 1.7. Walaupun pesawat ini masih lagi dalam pembangunan, Boom Supersonic telah menerima tempatan sehingga 50 pesawat dari United Airlines.

Seperti Concorde, Overture akan memendekkan waktu penerbangan rentas Atlantik dan Pasifik yang amat diperlukan pelanggan perusahaan. Waktu penerbangan dari Lonon dk New York boleh dipendekkan ke hanya sekitar 3.5 jam berbanding 8 jam menggunakan pesawat subsonik semasa.

Setakat ini Boom Supersonic telah memperlihatkan pesawat ujian XB-1 mereka yang akan melakukan penerbangan pertama tahun ini. Data dari pesawat berskala lebih kecil ini diharap dapat membantu dalam pembangunan pesawat Overture kelak.

Sekiranya semua berjalan mengikut jadual, prototaip Overture akan diperlihatkan pada tahun 2025 dengan penerbangan komersial pertama dilakukan pada tahun 2029. Sokongan dari syarikat penerbangan adalah perlu bagi meneruskan pembangunan. Dua minggu lalu projek pesawat penumpang supersonik Aerion telah dibatalkan kerana kekurangan dana.

Sumber Boom

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami