Aerion Gulung Tikar – Impian Pesawat Penumpang Supersonik Moden Berkubur

Diterbitkan pada Mei 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Empat tahun lalu Aerion mengumumkan perancangan membina pesawat penumpang supersonik moden bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Concorde yang bersara pada tahun 2003. Mereka menerima dana dari Boeing untuk menghasilkan pesawat Aerion AS2 yang boleh membawa 12 penumpang pada kelajuan Mach 1.4 menjelang 2026.

Tetapi impian Aerion kini lebur selepas syarikat dilaporkan sudah menghentikan operasi kerana gagal mengumpul dana untuk membina prototaip pertama AS2. Kos pembinaan AS2 dianggarkan sekitar $4 biliion dengan Aerion telah membelanjakan $1 billion setakat ini untuk membangunkan enjin.

Kerana situasi ekonomi semasa yang tidak menentu, Aerion gagal mendapatkan dana untuk meneruskan pembangunan pesawat ini dan langkah menghentikan operasi terpaksa diambil. Dengan Aerion AS2 tidak dihasilkan, pembangunan Aerion AS3 yang lebih pantas dan besar juga terbengkalai walaupun tidak sampai dua bulan diumumkan.

Ia sebuah lagi projek pesawat penumpang supersonik buatan Amerika Syarikat yang gagal menjadi realiti. Kali terakhir ia berlaku adalah pada tahun 1971 apabila pembangunan Boeing 2707 dibatalkan juga kerana kekurangan dana.

Masih terdapat empat lagi projek SST (Super Sonic Transport) yang masih lagi hidup iaitu dari Boeing, Virgin Atlantic, QueSST dan Hermeus. Namun kesemuanya masih lagi di peringkat perancangan tanpa prototaip dibangunkan. QueSST paling di hadapan kerana ia sebahagian daripada projek di bawah kelolaan NASA.

Sumber Florida Today menerusi The Verge

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami