Samsung Dilaporkan Akan Kembali Menghasilkan CPU Sendiri Dengan Mengambil Bekas Pereka Apple dan AMD
Effi Saharudin
Pada tahun 2019, Samsung menutup bahagian pembangunan CPU tersendiri mereka selepas prestasi gagal menandingi CPU asas yang dihasilkan oleh ARM. Sejak tahun lalu cip Exynos menggunakan teras Cortex-X1. Tetapi kini muncul ura-ura Samsung akan kembali menghasilkan CPU buatan sendiri kerana tidak berpuas hati dengan prestasi Cortex-X1.

Seperti yang dapat dilihat, cip Apple A14 Bionic berjaya mengalahkan cip Snapdragon 888 dengan perbezaan yang agak jauh. Bagi membolehkan Samsung memberikan persaingan, mereka dipercayai akan mengambil bekas pereka cip dari Apple dan AMD.
Pada ketika ini Samsung sedang membangunkan cip Whitechapel khusus untuk peranti Google Pixel. Sementara itu cip Exynos yang seterusnya akan menggunakan GPU yang berasaskan AMD RDNA 2 bagi menyokong raytracing dan VFR. Sungguhpun begitu cip ini akan digunakan dahulu pada komputer riba berasaskan ARM mereka terlebih dahulu sebelum digunakan pada peranti.
Adakah Exynos akan kembali berjaya merampas takhta sebagai cip paling berkuasa dari Apple dan Qualcomm seperti empat tahun lalu? Hanya masa akan menjawab persoalan lain. Dengan cip sendiri Samsung juga akan mampu memberikan sokongan lebih dari tiga tahun supaya lebih hampir dengan penawaran Apple.
Sumber Sammobile