Cip Snapdragon 888 Pro Mungkin Terhad Kepada Siri Honor Magic 3 Sahaja

Diterbitkan pada Jun 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cip pemprosesan Snapdragon 888 Pro (mungkin bukan nama akhir) dikatakan adalah cip seterusnya daripada Qualcomm untuk digunakan pada peranti-peranti mercu. Cip ini mempunyai spesifikasi lebih kurang sama dengan Snapdragon 888 biasa, tetapi teras utama adalah ARM Cortex-X1. Arm Cortex-X1 ini membolehkan pengeluar peranti menghasilkan cip kustom tersendiri dengan CPU yang boleh dilewahjam dan boleh menjana kuasa memproses yang tinggi untuk tempoh yang singkat. Tetapi, GPU dikatakan kekal sama sahaja.

Cip ini juga dikatakan terhad untuk pasaran China sahaja. Terkini, peniris terkenal Rodent950 mendedahkan yang hanya Honor sahaja telah membuat tempahan untuk cip pemprosesan ini dan akan digunakan pada siri Magic 3 mereka suku ketiga tahun ini. Peranti Honor yang akan dijana dengan cip ini juga dikatakan akan memfokuskan kepada fotografi dan menggunakan rekaan yang unik. Mungkin Magic 3 akan ada versi telefon pintar biasa dan Magic X yang dikatakan peranti boleh lipat Honor mungkin akan berada dalam siri ini juga?

Spesifikasi lain bagi siri Magic 3 masih tidak didedahkan lagi. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami