Microsoft Kini Ialah Syarikat Dengan Nilai Pasaran $2 Trilion

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

“$1 Juta tidak menarik langsung. Nak tahu apa lebih menarik? $1 bilion”, ialah dialog yang diucapkan Sean Parker dalam filem The Social Network. Jadi secara logiknya $1 bilion adalah tidak menarik berbanding $1 trilion. Pagi ini Microsoft menjadi syarikat ketiga selepas Apple dan Saudi Aramco dalam sejarah dunia mencapai nilai pasaran $2 bilion.

Satya Nadella

Nilai pasaran ini dicapai secara sementara selepas saham syarikat meningkat di pasaran saham sebelum ditutup kurang $300 juta dari nilai bersejarah ini. Syarikat pertama yang mencapai nilai $2 trilion ialah Saudi Aramco pada tahun 2019. Apple menjadi syarikat teknologi pertama mencapai nilai ini pada tahun 2020

Kejayaan Microsoft adalah mengagumkan kerana kerana mengambil masa 30 tahun untuk mencapai nilai pasaran $1 trilion tetapi hanya megambil masa dua tahun untuk meningkat ke $2 trilion. Dalam tahun ini sahaja, nilai saham Microsoft meningkat 20%. Pandemik tidak langsung menjejaskan prestasi syarikat yang baru sahaja melantik Satya Nadela menjadi pengerusi.

Sumber CNN

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami