Aplikasi “OnePlus Switch” Dijenamakan Kepada “OnePlus Clone Phone” – Selari Dengan Oppo Phone Clone

Diterbitkan pada Jun 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setiap pengeluar peranti mempunyai satu aplikasi yang memudahkan pengguna untuk berhijrah daripada satu jenama ke jenama lain. Melalui aplikasi ini, data-data seperti fail media, dokumen, senarai aplikasi dan lain-lain boleh dipindahkan dengan mudah dan pantas.

Aplikasi daripada OnePlus sejak 2018 adalah OnePlus Switch. Kini aplikasi ini telah dijenamakan semula kepada OnePlus Clone Phone atau pada skrin utama peranti dan di dalam talam aplikasi Clone Phone. Perubahan nama ini adalah sama dengan nama aplikasi daripada Oppo, Oppo Clone Phone. Perubahan ini mungkin dilakukan kerana ingin memudahkan lagi pengguna mengenali yang OnePlus suda bergabung dengan Oppo dan merupakan sub-jenama kepada Oppo.

Bukan nama sahaja yang diubah, malah – antaramuka aplikasi juga menjadi lebih kurang sama. Jika anda lihat imej di atas, satu adalah OnePlus Switch dan satu lagi adalah OnePlus Clone Phone dan disebelahnya adalah daripada Oppo. Sebelum ini, perkhidmatan Oppo Hey turut mula ditawarkan kepada pengguna TWS OnePlus – HeyMelody. OnePlus Switch masih lagi digunakan di senarai Play Store. Perubahan ini dilihat hadir di APKMirror, apabila OnePlus menerbitkan aplikasi mereka versi baharu.

Walaupun OnePlus menyatakan pasaran global akan kekal dengan Oxygen OS dan tidak akan tukar kepada Color OS, mereka tidak katakan yang aplikasi lain atau perkhidmatan lain akan diselarikan dengan Oppo.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami