Xiaomi Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan Kamera 200MP

Diterbitkan pada Jun 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi pada hari ini sedia menawarkan telefon pintar dengan sensor kamera sebesar 108-megapixel. Menariknya, bergerak ke hadapan, Xiaomi dijangka memperkenalkan telefon mercu untuk tahun 2022 yang bakal dilengkapi dengan sensor kamera 200-megapixel.

Mengikut desas-desus awal, Xiaomi dijangka akan menawarkan penambah-baikkan pada bahagian kamera melalui sensor mencapai 200-megapixel ini. Kita sedia mendengar perkara sama diperkatakan sejak beberapa bulan lepas – malah ada yang mengatakan Xiaomi akan menjadi yang pertama dalam industri untuk memperkenalkan telefon dengan kamera 200MP.

Xiaomi sendiri sebelum ini telah hadir dengan cip khusus untuk pengimejan yang dibangunkan sendiri oleh mereka, disamping memperkenalkan Xiaomi Studios dalam memperlihatkan kebolehan rakaman menggunakan peranti Xiaomi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah peranti pertama Xiaomi yang akan menggunakannya. Mungkinkah kita akan melihatnya pada siri Xiaomi Mi 12 kelak?

Selain itu, semalam Xiaomi turut mengesahkan mereka akan hadir dengan peranti menggunakan cip Snapdragon 888 Plus tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami