Spotify Menggalakkan Penggunaan Spotify Connect Untuk Menstrim Audio Nirhilang – Mungkin Ada Aksesori Audio Baharu?

Diterbitkan pada July 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan Februari lalu, Spotify telah mengumumkan Spotify HiFi. Ia adalah perkhidmatan penstriman audio nirhilang mereka, untuk bersaing dengan Tidak dan Deezer. Namun, Spotify masih tidak mengumumkan harga langganan dan tarikh ia akan ditawarkan. Tidak banyak butiran yang dikongsi, sehinggalah Apple mendahukui mereka dengan Apple Music – yang menyokong penstriman audio nirhilang serta audio spatial Dolby Atmos terlebih dahulu.

Lebih menarik, Apple boleh menawarkan secara percuma kepada pelanggan Apple Music sedia ada – tanpa caj tambahan atau langganan lain seperti Tidal atau Deezer. Mungkin disebabkan ini, Spotify mengambil masa yang agak lama untuk melancarkan Spotify HiFi? Tetapi, dua bulan lepas pengguna melaporkan ikon HiFi mula muncul pada beberapa muzik yang distrim melalui aplikasi pada iOS.

Terkini, Jane Manchun Wong yang sedia terkenal sebagai pembangun bebas yang mendedahkan pelbagai ciri dan fungsi baharu aplikasi terkenal – memperlihatkan antaramuka tetapan Spotify HiFi. Spotify dilihat akan menambah satu tetapan khas HiFi dan di bawahnya ada pilihan HiFi Experience. Pada bahagian kualiti audio, pilihan HiFi turut dipaparkan sebagai pilihan paling tinggi selepas Sangat Tinggi.

Spotify juga dilihat menggunakan ekosistem sambungan mereka, Spotify Connect untuk pengalaman penggunaan lebih menarik. Biasanya Spotify Connect adalah untuk sambungkan atau mainkan muzik pada peranti-peranti terpilih. Ini mungkin memberi petanda yang Spotify sedang bekerjasama dengan syarikat aksesori audio untuk memastikan TWS, set fon kepala atau juga pembesar suara menyokong penstriman audio nirhilang.

Kehadiran Spotify HiFi mungkin sudah semakin hampir, sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami