Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini dilaporkan ingin menyaman CEO Facebook dan juga CEO Twitter, masing-masing kerana menggantung dan mengharamkan akaun dari laman sosial berkenaan.
Donald Trump dikatakan akan memfailkan saman, mengatakan ia melanggar hak “First Amendment”.
Twitter sebelum ini telah mengharamkan akaun Trump untuk selamanya, sementara Facebook pula telah menggantung akaun Trump sehingga 2023 kelak.
Laman sosial mengambil langkah berkenaan, kerana Trump dikatakan memainkan peranan dalam rusuhan di US Capitol pada awal tahun 2021 ini.
Ia boleh dikatakan, ketiadaan akses kepada kedua-dua platform sosial utama ini menyukarkan Donald Trump untuk kekal berkomunikasi dengan penyokong Trump.
Sebelum ini, Donald Trump turut mengatakan lebih banyak negara patut mengharamkan kedua-dua platform sosial berkenaan, selain mana Trump sendiri dijangka hadir dengan platform sosial tersendiri.