Cari @ Amanz

Kita sudah tahu yang Samsung akan hadir dengan TWS baharu mereka, iaitu Samsung Galaxy Buds2. TWS terkini ini mengekalkan rekaan pod simpanan yang digunakan pada Galaxy Buds Pro tetapi dengan rekaan putik audio yang lebih licin dan aerodinamik. Samsung juga akan menyertakan sokongan pembatalan hingar aktif.

Terkini seorang pembangun digelar Schneeberger, berjaya mendedahkan ciri baharu Galaxy Buds2 melalui aplikasi Galaxy Wearable. Antara ciri baharu ditawarkan adalah mengaktifkan pembatalan hingar aktif pada satu fon telinga sahaja. Memandangkan keseluruhan sisi akan menjadi pad sesentuh sama seperti Buds Live, ia akan menyokong satu tap, dua-tap, tiga-tap atau juga tap-dan-tahan untuk aksi tambahan.

TWS ini dilihat tiada ciri audio 360 darjah seakan AirPods Pro yang ada pada Buds Live. Tiada juga kawalan aras suara melalui sentuhan, tiada pilihan ANC tinggi dan rendah, serta mempunyai bateri 61mAh pada setiap fon telinga dan 472mAh pada pod pengecasan. Aplikasi Galaxy Wearable juga memperlihatkan rekaan antaramuka find my earbuds yang lebih baharu.

Aplikasi ini juga mendedahkan warna hitam, putih, hijau dan juga kuning. Sensor mengesan ia ditanggalkan dari telinga turut tersedia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd