Nilai Bitcoin memperlihatkan penurunan minggu demi minggu, malah mencatatkan nilai terendah dalam tempoh 6 bulan pada minggu lepas. Apa pun, hari ini semuanya berubah apabila kriptowang berkenaan mula memperlihatkan peningkatan positif kembali.
Terbaru, ia mencatatkan nilai mencapai hampir RM160,000 – peningkatan sekitar 11% berbanding semalam.
Sejak daripada minggu lepas, kita telah mendengar beberapa perkara berkaitan Bitcoin, termasuk Twitter yang merancang mengimplementasinya, dan Elon Musk yang mengatakan SpaceX turut mempunyai pegangan Bitcoin tersendiri.
Malah, pagi ini, desas-desus hadir mengatakan Amazon turut mungkin menerima pembayaran berasaska Bitcoin.
Apa pun, sama-sama kita nantikan trend Bitcoin ini sama ada akan kekal meingkat, atau peningkatan ini hanya sementara sahaja sebelum ia menurun kembali.