PowerBuds adalah produk audio yang memfokuskan kecergasan daripada Amazfit. Ia adalah versi lebih baik daripada ZenBuds dan bulan lepas PowerBuds Pro telah diperkenalkan serta disahkan akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

PowerBuds Pro adalah sejenis TWS yang hadir dengan sensor pengimbas nadi, peringatan untuk mengubah posisi duduk untuk penjagaan kesihatan tulang belakang, ciri pendengaran pintar untuk perlindungan telinga pengguna dan turut mempunyai pembatalan hingar aktif 40db melalui tiga mikrofon terbina.

Tiga mikrofon disertakan dengan algoritmas tersendiri untuk kualiti panggilan telefon dan fungsi pembatalan hingar tadi. Amazfit menjanjikan kualiti audio yang imersif serta dinamik, ketahanan sehingga 30 jam, dan mempunyai empat mod khas untuk penggunaan berbeza mengikut situasi.

Amazfit PowerBuds Pro akan dijual di Malaysia pada 21 Ogos ini dengan harga RM699. Sempena promosi pelancaran, bagi yang berminat anda boleh dapatkannya pad harga diskaun RM639 di Shopee rasmi Amazfit.