Intel Menghentikan Pembangunan Kamera RealSense

Diterbitkan pada Ogos 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel akan menghentikan pembangunan sistem kamera Realsense mereka dengan menutup terus perniagaan ini menurut laporan laman CRN. Penutup bahagian visi komputer dilakukan oleh Intel bagi menumpukan kepada perniagaan teras mereka.Walaupun perniagaan dan pembangunan RealSense telah dihentikan, Intel akan terus memberikan bantuan teknikal kepada pelanggan sedia ada.

Hanya minggu lalu Xiaomi CyberDog diumumkan dengan kamera RealSense. Seawal Januari lalu RealSense ID mengumumkan produk baru imbasan wajah untuk mesin ATM dan pembayaran di kedai. Kamera RealSense juga digunakan pada sistem Windows Hello pada komputer Windows dan juga telefon pintar Lumia serta oleh Google dalam sistem Project Tango di zaman awal pembangunan peranti realiti maya mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami