CONNECTme NOW Mengacah Pengenalan Internet 100Mbps Melalui Pancaran Satelit Pada 2022

Diterbitkan pada Ogos 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CONNECTme NOW merupakan salah satu penyedia perkhidmatan internet melalui pancaran satelit yang sedia beroperasi di Malaysia. Ia menggunakan satelit MEASAT dan menyasarkan penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyai akses internet berkelajuan tinggi.

Meliputi lebih 1000 kawasan pada hari ini, CONNECTme menawarkan kelajuan sehingga 30Mbps pada hari ini. Namun, perkara berkenaan bakal berubah pada tahun 2022 kelak.

Melalui satelit baharu MEASAT-3d, CONNECTme NOW menyasarkan penawaran perkhidmatan berkelajuan 100Mbps pada 2022 kelak. Satelit baharu ini dijangka akan dilancarkan pada 2022 kelak.

Dengan langkah ini juga, ia akan membolehkan pengguna dikawasan pedalaman menikmati internet berkelajuan lebih pantas berbanding hari ini melalui pancaran internet.

Selai CONNECTme NOW, satu lagi perkhidmatan internet berasaskan pancaran satelit yang tersedia di Malaysia adalah MySURFi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami