Carian
Samsung Galaxy Tab S8, S8+ Dan S8 Ultra Mungkin Dijana Snapdragon 898 Dan Menyokong Pengecasan 45W
August 20, 2021 Fahim Zahar

Samsung Galaxy Tab S adalah siri tablet berkuasa daripada Samsung. Versi terkini adalah siri Galaxy Tab S7, yang mana mempunyai rekaan bezel nipis, menyokong stilus S-Pen, dijana cip Snapdragon siri 8xx untuk pengalaman penggunaan lebih lancar serta mempunyai saiz skrin besar dengan pilihan panel AMOLED yang berkualiti.

Untuk siri Galaxy Tab S8, Samsung dikhabarkan akan hadir dengan tiga variasi iaitu Galaxy Tab S8, Galaxy Tab S8+ dan juga Galaxy Tab S8 Ultra. Ketiga-tiga tablet ini dikhabarkan akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 898 dan tidak menggunakan cip Exynos 2200.

Selain itu, siri tablet ini juga dikatakan akan menyokong kuasa pengecasan lebih pantas – iaitu 45W. Sehingga hari ini, tablet Android masih tidak dapat menandingi iPad untuk tujuan produktiviti. Yang paling hampir berdasarkan pengalaman kami adalah tablet Huawei MatePad 11 dan MatePad 12.6 Pro yang menjalankan Harmony OS.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kehadiran tablet ini.

Komen