Xiaomi sedia mengacah pengenalan telefon pintar baharu pada 15 September 2021 kelak, dan lanjutan daripadanya, hari ini Xiaomi mengumumkan mereka akan memperkenalkan Xiaomi 11T Pro pada acara berkenaan.
Xiaomi 11T Pro akan menggunakan penjenamaan Xiaomi, dan bukannya Mi – seperti telah diperkatakan sebelum ini. Disamping itu, telefon pintar ini turut akan hadir dengan sokongan pengecasan berkelajuan tinggi – mencapai 120W.
Untuk makluman, beberapa peranti telah menggunakan pengecasan pantas 120W sebelum ini, malah Xiaomi telah mengacah teknologi pengecasan 200W kepada umum sebelum ini.
Dengan perkongsian ini, kita mungkin melihat Xiaomi berkongsi lebih banyak perkara berkaitan Xiaomi 11T Pro dalam hari-hari akan datang.