Realme 9 Akan Diperkenalkan Pada Tahun 2022 Kelak

Diterbitkan pada Sep 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sewaktu pengenalan Realme Pad, Realme 8s 5G dan Realme 8i di India sebentar tadi, pihak Realme India turut sama mengesahkan kehadiran untuk model Realme 9. Menurut Realme, peranti berkenaan bakal diperkenalkan sekitar tahun 2022, namun masih belum ada sebarang tarikh khusus yang dikongsi buat masa ini. Katanya, Realme 9 akan mempunyai perkakasan dalaman yang hebat menerusi janaan pemproses yang berkuasa.

Tidak lama sebelum ini, rekaan Realme 9 pernah tertiris dalam beberapa imej mengolokan tular. Ia menunjukkan peranti ini mungkin dilengkapi pengimbas cap jari sisi dan kuad-kamera di belakang seumpama yang terdapat pada Realme 7 Pro. Kamera utamanya besar kemungkinan adalah sebesar 64-Megapixel. Realme juga dijangka sekurang-kurangnya hadir dengan dua model berbeza untuk siri ini.

Seperti biasa, maklumat dikongsi di atas masih di peringkat ura-ura. Dengan pendedahan ini, Realme semestinya akan berkongsi lebih banyak mengenai peranti ini dari masa ke semasa. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami