Kelak AirPods Boleh Menjadi Alat Bantuan Pendengaran, Mengesan Suhu Dan Postur

Diterbitkan pada Okt 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple mempunyai perancangan masa hadapan yang cukup bercita-cita tinggi untuk AirPods mereka. Dalam laporan terkini The Wall Street Journal, Apple dikatakan ingin menjadikan AirPods sebuah peralatan perubatan yang bole digunakan sebagai alat bantuan pendengaran, mengesan suhu tubuh dan juga postur tubuh pemakai.

AirPods Pro

Pada waktu AirPods dan AirPods Pro sudahpun diberikan ciri Conversation Boost untuk mengingatkan bunyi persekitaran bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Ini ialah ciri yang turut boleh dilakukan oleh TWS sepert Galaxy Buds2 tetapi tidak begitu diiklankan. Seterusnya AirPods di masa hadapan boleh mengesan suhu badan dan dipadankan dengan Apple Watch Series 8 yang dipercayai akan turut mempunyai ciri yang sama.

Dengan menggunakan sensor pergerakan pula, AirPods boleh mengesan postur tubuh pemakai dan memberikan nasihat untuk membetulkannya. Ciri ini sudahun disokong pada Amazfit PowerBuds Pro yang barus sahaja kami ulas di Amanz.

Apple mungkin ingin menjadikan peranti boleh pakai mereka sebagai peralatan perubatan. Pengenalan sistem ECG pada Apple Watch Series 4 mengubah landskap jam tangan pintar dengan ura-ura Apple Watch kelak boleh mengesan kandungan gula dalam darah pesakit kencing manis.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami