Cari @ Amanz

Siri Redmi Note 11 bakal diperkenalkan di China pada 28 Oktober 2021. Menjelang pelancaran rasmi, semakin banyak informasi mengenai spesifikasi utama peranti yang dikongsi oleh pihak Redmi. Terbaharu, Redmi telah mengesahkan bahawa peranti di bawah siri berkenaan akan dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 920.

Ia merupakan cip pemprosesan yang menyasarkan peranti berspesifikasi pertengahan berteknologi 6nm bersama sokongan 5G terbina. Pada masa sama, kutipan skor Antutu cip turut didedahkan oleh Redmi yang mana menunjukkan markahnya mampu mencapai lebih daripada 500,000 mata.

Di samping itu peranti juga akan mempunyai sistem pengaliran haba yang baik untuk prestasi penggunaan memuaskan. Penggunaan sensor 108-Megapixel dan pengecasan pantas 120W turut menjadi pilihan Redmi pada peranti-peranti berkenaan. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut akan terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak.

Sumber : Redmi Weibo

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd