ZTE Axon 30 5G Akan Ditawarkan Di Malaysia Sekitar Bulan November – Berharga RM2599

Diterbitkan pada Okt 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdahulu, kami di Amanz pernah melaporkan bahawa ZTE Axon 30 5G akan ke pasaran Malaysia pada penghujung Oktober ini. Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh, peranti berkenaan akan ditawarkan di Malaysia sekitar bulan November depan dengan tanda harga RM2,599.

Pihak ZTE Malaysia yang menghubungi kami memaklumkan bahawa stok untuk peranti tersebut akan diterima sekitar 15 November kelak. Kemudiannya, ia bakal tiba di Malaysia pula sekitar 22 November 2021. Namun begitu, tarikh untuk pratempah dan jualan peranti akan diumumkan pada masa akan datang.

ZTE Axon 30 5G merupakan peranti generasi kedua keluaran ZTE yang hadir dengan kamera bawah skrin. Ia hadir dengan cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4,200mAh. Tetapan kamera utama adalah 64MP+8MP+5MP+2MP, manakala kamera swafoto bawah skrin pula adalah sebesar 16MP.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami