Oppo 125W Flash Charge Mungkin Akan Hadir Pada Oppo Find X4

Diterbitkan pada Nov 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo 125W Flash Charge telah dilancarkan pada bulan Julai tahun lepas. Sejurus selepas itu, Realme melancarkan pula Realme UltraDart 125W Fast Charging yang kita semua tahu menggunakan teknologi yang sama. Realme dilaporkan akan hadir dengan peranti yang menyokong pengecasan pantas baharu ini seawal tahun hadapan. Terkini, informasi mengenai peranti Oppo pula didedahkan.

Digital Chat Station mendakwa yang Oppo Find X4 mungkin adalah peranti baharu Oppo yang menggunakan pengecasan gila pantas ini. Kiraan mereka untuk bateri 4000mAh adalah, 0%-100% dalam masa 20 minit sahaja. Tidak lama lagi sehingga tahun-tahun akan datang, pengeluar peranti dikatakan akan menggunakan sistem pengecasan ini secara lebih meluas.

Buat masa ini masih tidak pasti adakah Oppo Find X4 versi Pro sahaja atau semua variasi akan menerimanya. Realme pula masih tidak pasti peranti apakah akan menggunakan pengecasan ini. Mungkin GT Neo baharu? Pengeluar lain dan jenama lain mungkin akan hadir dengan aksesori menggunakan teknologi sama. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami