Twitter Mengambil-Alih Threader Bagi Menambah-Baik Mod Membaca Pada Twitter Blue

Diterbitkan pada Nov 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter Blue adalah perkhidmatan langganan berbayar Twitter yang memberi akses kepada ciri fan fungsi tambahan menarik. Ia terhad di Kanada dan Asutrali ketika pelancaran dan baru sahaja dikembangkan di New Zealand dan Amerika Syarikat.

Terkini, Twitter telah mengambil-alih Threader. Threader adalah perkhidmatan untuk Twitter (iOS dan web) yang mengubah bebenang menjadi mod membaca agar pengguna lebih mudah membaca ciapan yang panjang. Disebabkan dalam Twitter Blue sudah ada mod membaca Reader, Twitter ingin memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Dengan mengambil-alih Threader, sepertimana Twitter membeli Scroll untuk menawarkan ciri Top Articles, iaitu membaca artikel bebas iklan – Twitter Blue akan menjadi lebih baik dari sedia ada.

Threader juga adalah satu perkhidmatan langganan, yang mana Twitter menjanjikan akan memulangkan duit pengguna yang telah melanggannya. Threader boleh digunakan sehingga 15 Disember (pengguna sedia ada, tiada lagi pendaftaran baru) sebelum perkhidmatan ini ditutup selamanya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami