Telefon Pintar Dengan Pengecasan 150W Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Nov 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teknologi pengecasan pantas pada telefon pintar semakin hari semakin pantas. Xiaomi sudah pun mula menjual peranti dengan pengecasan pantas 120W seperti Xiaomi 11T Pro di Malaysia atau MIX 4 di China. Teknologi ini mampu mengecas bateri peranti daripada 0% sehingga 100% dalam masa sekitar 17 minit sahaja. Oppo dan Realme pula bakal hadir dengan peranti yang menyokong pengecasan 125W.

Peniris terkenal dari China Digital Chat Station kini mendakwa yang telefon pintar dengan pengecasan pantas 150W pula akan tiba dalam masa terdekat. Masih tidak jelas jenama mana yang akan menggunakan teknologi ini dan apakah kapasiti baterinya. Jika Xiaomi 11T Pro dengan bateri 5000mAh boleh dicas dalam masa 17 minit sehingga penuh, tambahan 20W lagi mungkin boleh mengecas peranti sekitar 15 minit sahaja.

Teknologi ini walau bagaimanapun ada kekurangannya, iaitu peranti hanya boleh bertahan sekitar dua tahun sahaja dengan 800 kitaran pengecasan. Ia bukannya yang terbaik, tetapi jika peranti Android yang dijual pada harga mampu milik – selepas dua tahun pengguna pasti sudah bersedia untuk tukar ke peranti lain. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami