Cari @ Amanz

Siri Honor 60 akan dilancarkan pada 1 Disember ini di China. Melalui poster yang telah dikongsi, peranti ini akan kelihatan lebih kurang sama sahaja dengan Honor 50 tetapi dengan sedikit perubahan. Gambaran lebih jelas di antara Honor 60 dan Honor 60 Pro turut tertiris melalui dami yang telah dihasilkan.

Terkini, di Weibo rasmi Honor – mereka telah mengesahkan lagi rekaan kamera peranti ini bersama-sama dengan mengesahkan kehadiran fungsi kawalan gestur untuk kamera. Hanya angkat tangan, pengatup kamera akan aktif sendiri. Ini mirip dengan fungsi yang sudah lama ada pada peranti Samsung.

Kawalan gestur untuk fungsi kamera lain turut akan hadir pada Honor 60. Sekali lagi, Honor dilihat menyasarkan pengguna muda untuk peranti ini yang mana memfokuskan kepada gaya hidup dan juga vlog seperti TikTok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd