Google Sedang Membangunkan Sistem Operasi Khas Untuk Realiti Terimbuh – Daydream Generasi Baharu?

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedang sibuk dengan kaca mata realiti terimbuh mereka, Facebook pula sibuk dengan alam Meta, tetapi Google hanya senyap dengan hal ini – tetapi sibuk dengan projek aneh seperti Project Starline. Google sebenarnya sudah lama cuba menceburi dunia realiti maya dan realiti terimbuh.

Ingat lagi pada Google Cardboard? Ia kini sudah menjadi sumber terbuka, bagaimana pula dengan Google Daydream yang telah Google matikan sejak hampir dua tahun lalu?

Terbaru, Google dikatakan akan kembali dalam melibatkan diri dalam realiti terimbuh. Menurut 9to5Google, Google sedang aktif mencari pasukan pembangun untuk membangunkan sistem operasi khas realiti terimbuh untuk digunakan pada sebuah peranti AR yang berinovasi.

Tidak terkejut jika Google boleh melancarkan terlebih dahulu produk seperti ini sebelum Apple atau Facebook. Dengan pengalaman mereka serta eksperimen terhadap Google ARCore pada majoriti peranti Android – Google pasti sudah ada data yang cukup untuk hadir dengan produk sedemikian.

Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami