MediaTek pada bulan lepas telah mengumumkan cip pemprosesan paling premium mereka, yang mana mempunyai kuasa yang dahsyat dan akan ditawarkan khusus kepada peranti mercu generasi baharu.
Cip ini adalah Dimensity 9000 dengan binaan 4nm pertama dunia. Teras utama adalah Cortex-X2, kelajuan mencapai 3.05GGHz, menyokong Bluetooth 5.3, WiFi 6E, dan akan digunakan oleh peranti seperti Oppo Find X, peranti mercu Vivo, Redmi K50, Samsung dan banyak lagi.
Terbaru, Digital Chat Station telah mendedahkan yang MediaTek turut bersedia untuk melancarkan Dimensity 8000 pula. Ia dilihat adalah cip untuk peranti kelas pertengahan tetapi berada dalam kelas mercu.
Cip dibina berasaskan rekaan 5nm, konfigurasi adalah 4x 2.75GHz Cortex-A78 + 4x 2.0GHz Cortex-A55 dengan GPU Mali-G510 MC6. Ia juga menyokong skrin QHD+, kadar segar semula 120Hz, penggunaan memori LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1 turut sedia digunakan.
Sumber menyatakan Realme dan Redmi adalah antara dua jenama yang akan menggunakan cip ini. Redmi juga ada dikhabarkan akan hadir dengan peranti pertama dengan skrin 2K. Mungkin yang ini? Sama-sama kita nantikan.