Sony Menghentikan Pengeluaran a7 II Dan a6100 Dengan Pesanan Model Lain Digantung

Diterbitkan pada Dis 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Masalah bekalan cip semakin kronik kepada perniagaan kamera digital Sony minggu ini apabila pesanan dan pengeluaran beberapa model telah dihentikan. Pengeluaran kamera Sony A7 II dan A6100 telah dihentikan terus oleh Sony kerana mereka merasakan tiada peluang untuk mendapatan komponen dalam masa terdekat.

Pesanan kamera Sony a7C dan a6600 pula telah digantung mengikuti nasib yang berlaku kepada Sony ZV-E10  awal bulan ini. Sepanjang 2021, pengeluaran 8 kamera digital telah digantung kerana masalah kekurangan cip. Ini ialah masalah yang turut dihadapi oleh pesaing mereka Canon dan Nikon.

Isu ini tidak dibantu oleh permintaan yang tinggi untuk kamera digital di China kerana kepopularan platform edagang melakukan penstriman. Kamera digital menawarkan kualiti video yang lebih baik dengan produk yang dijual kelihatan lebih menarik berbanding penstriman menggunakan kamera telefon pintar.

Sumber Sony

komen


© Amanz / 2022 Kami