Cari @ Amanz

Xiaomi sedia berkongsi sasaran mereka menjadi pengeluar teleefon pintar nombor satu dunia menjelang 2024 kelak sebelum ini. Kini, pada acara pelancaran Xiaomi 12, Lei Jun, CEO dan pengasas Xiaomi sekali lagi mengatakan mereka menyasarkan untuk menjadi pengeluar telefon nombor satu dunia dalam tempoh tiga tahun lagi.

Xiaomi Lei Jun

Mendahului Xiaomi pada hari ini adalah Apple dan juga Samsung. Xiaomi telah memintas Apple untuk seketika pada suku kedua 2021 ini untuk menduduki tangga kedua, namun diatasi oleh Apple kembali pada suku ketiga 2021 lepas.

Xiaomi sedia berkongsi mengatakan dalam sasaran mencapai nombor satu dunia berkenaan, mereka akan meningkatkan lagi jualan di China, termasuk memperbanyakkan lagi kedai fizikal.

Pada hari ini, Xiaomi sedia menduduki tangga pertama di Malaysia, dan sejumlah negara lain. Mungkin selain terus mengukuhkan dan mempelbagaikan penawaran, Xiaomi perlu melihat kepada beberapa kaedah alternatif dalam merampas takhta Samsung yang sedia terkenal di dunia dengan khidmat selepas jualan dan sokongan perisian mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd