Carian
Xiaomi 12 Mungkin Dilancarkan Pada Peringkat Global Pada Februari Atau Mac 2022
January 3, 2022 Aman

Xiaomi telah pun melancarkan Xiaomi 12 di China pada penghujung 2021 yang lepas. Ia hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, dan semestinya dinantikan ramai untuk pelancaran pada peringkat global.

Terbaru, mengikut info tertiris, Xiaomi dijangka memperkenalkan Xiaomi 12 dan juga Xiaomi 12 Pro untuk pasaran global pada Februari atau Mac kelak.

Ini bermakna, kita mungkin melihat penawaran telefon pintar berkenaan di Malaysia dalam tempoh lebih kurang sama.

Sebagai perbandingan, Xiaomi Mi 11 sebelum ini telah dilancarkan di China pada penghujung Disember 2020 di China, dan hanya dipasarkan di Malaysia pada Mac 2021.

Komen