Black Shark 4 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Januari 2022

Diterbitkan pada Jan 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Black Shark 4 Pro merupakan salah satu telefon pintar yang telah dilancarkan pada Mac 2020 yang lepas di China, dan kini selepas hampir setahun sejak pelancarannya, Black Shark 4 Pro kini akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada 17 Januari 2022 kelak.

Black Shark 4 Pro hadir dengan skrin 6.67-inci Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 888, mmemori sehingga 16GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Dengan fokus terhadap permua, ia turut menyertakan pengoptimasian khusus serta perisian tambahan untuknya.

Ketika pelancarannya di China sendiri, peranti ini menghadapi kekangan pengeluaran disebabkan oleh masalah kekurangan bekalan cip.

Ia tidak diketahui mengapa model Black Shark 4S Pro tidak diperkenalkan, sebaliknya Black Shark Malaysia memilih Black Shark 4 Pro untuk pengenalan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi telefon pintar ini secara rasminya pada minggu hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami