Mark Zuckerberg Minta Pekerja Fokus Pada Produk Video

Diterbitkan pada Feb 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mark Zuckerberg melalui sebuah mesyuarat dalaman syarikat yang diadakan secara maya, kini meminta semua memfokuskan kepada produk video, khususnya video pendek.

Zuckerberg mengatakan mereka kini menerima persaingan sengit, terutamanya daripada TikTok. Selama ini, Facebook atau Meta tidak menerima saingan sengit, dan ini boleh dikatakan kali pertama perkhidmatan sosial berkenaan mempunyai pesaing terdekat dalam mencuri masa pengguna.

Instagram sendiri sedia menyatakan akan memfokuskan kepada produk video pada tahun ini, dan kita mungkin melihat perkara sama pada platform sosial Facebook. Reels pada Instagram hari ini menawarkan ciri lebih kurang sama seperti TikTok, namun masih terdapat sejumlah video Reels adalah video terbitan semula dari TikTok.

Minggu ini boleh dikatakan minggu yang sangat mencabar untuk Meta sebagai syarikat, apabila menyaksikan penyusutan angka pengguna buat pertama kalinya, disamping kejatuhan saham yang membawa kepada kehilangan RM1 trilion nilai syarikat, disamping nilai kekayaan Mark Zuckerberg sendiri yang menyusut RM121 bilion.

komen


© Amanz / 2022 Kami