Cari @ Amanz

Samsung sejak ke belakangan ini cukup hebat dalam khidmat pelanggan mereka. Membuatkan lebih ramai mudah setia dengan peranti-peranti mereka. Antara sebabnya adalah pemberian kemaskini yang konsisten dan pantas yang lebih hebat daripada pengeluar lain. Malah Google yang banyak bekerjasama dengan Samsung pun, tidak menawarkan kemaskini yang sama dengan mereka.

Semalam telah tertiris maklumat yang Samsung akan memberikan 4 kemaskini versi Android dan 5 tahun kemaskini tampalan sekuriti. Tetapi Google menyatakan yang tiga tahun sudah mencukupi untuk pengalaman penggunaan yang baik pada sesebuah peranti.

Bercakap mengenainya, kemaskini versi Android untuk Pixel 3 dan Pixel 3 XL sudah pun ditamatkan sejak November tahun lepas. Namun atas beberapa masalah yang dihadapi pada peranti ini, Google menjanjikan yang mereka akan tawarkan satu lagi kemaskini. Semalam, kemaskini tampalan sekuriti Februari 2022 untuk Pixel 3 dan Pixel 3 XL sudah pun diedarkan. Kemaskini ini dijangka adalah yang terakhir untuk kedua-dua peranti ini.

Satu perkara yang mengecewakan, kerana Pixel 3 adalah sebuah peranti yang baik. Samsung Galaxy S9 yang dilancarkan pada tahun yang sama juga, Samsung masih berikan kemaskini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd