Redmi K50 Gaming Edition akan dilancarkan pada 16 Februari tidak lama lagi. Peranti ini akan menawarkan prestasi lebih hebat berbanding siri Redmi K50 biasa, kerana akan fokus kepada permua. Seperti sebelum ini, ia turut akan menawarkan butang bahu fizikal – cuma kali ini ia akan mempunyai kemampuan yang dipertingkatkan berserta sistem penyejukan yang lebih baik.
Untuk kamera peranti ini akan menggunakan sensor Sony IMX686 64MP, kamera swafoto 20MP daripada sensor IMX596, dan untuk cip pula peranti ini dijangka akan dijana dengan salah satu daripada cip Dimensity baharu.
Terkini, Redmi telah mengumumkan kerjasama bersama Mercedes-AMG Petronas F1 untuk peranti ini. Ia adalah sebagai inspirasi untuk membuktikan Redmi K50 Gaming Edition juga mempunyai prestasi yang hebat sepertimana kereta lumba Mercedes-AMG Petronas F1 yang pernah menjadi juara sebanyak lapan kali.
Melalui imej yang tertiris, ia dilihat masih lagi menggunakan tubuh yang sama dengan imej Redmi K50 Gaming Edition yang dikongsi sebelum ini. Cuma, peranti ini mungkin akan menyertakan logo Mercedes-AMG Petronas F1. Ini juga bukan kali pertama jenama yang berkait dengan Xiaomi melakukan kerjasama ini. Tahun lepas, Mi Electric Scooter Pro 2 turut hadir dengan versi kereta lumba ini.
Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi peranti ini dalam masa beberapa hari sahaja lagi.