Siri Oppo Reno7 Akan Ke Pasaran Malaysia Pada 22 Februari

Diterbitkan pada Feb 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo sebelum ini sedia mengacah pengenalan siri Reno baharu mereka untuk pasaran Malaysia. Melaluinya, Oppo Reno7 dan Reno7 Pro bakal diumumkan dengan sejumlah penawaran menarik. Ini termasuklah kebolehan kamera yang dinaik-taraf bagi membolehkan pengguna berkarya dengan lebih kreatif.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Oppo kini seolah memberi gambaran mengenai tarikh pelancaran rasmi peranti menerusi perkongsian video acah terkini di Facebook. Dapat dilihat, terdapatnya tarikh pada penghujung video berkenaan yang dijadualkan pada 22 Februari ini.

Pada masa sama, video dikongsi turut memperlihatkan salah satu kebolehan fotografi pada peranti. Di mana, ciri potrait kini ditambahbaik bagi menjadikannya lebih menarik bersama hasil memuaskan. Ini selari dengan fokus siri ini yang secara tradisinya mengutamakan kebolehan fotografi.

Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab selepas peranti dilancarkan secara rasmi kelak. Untuk makluman semua, Oppo Enco Air2 dan Oppo Watch Free turut bakal diperkenalkan seiring dengan peranti ini kelak.

Sumber : Oppo Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami