Carian
Lebih 50% Pengguna Apple Music Menggunakan Spatial Audio
February 17, 2022 Fahim Zahar

Bulan Jun tahun lepas, Apple telah memperkenalkan ciri menstrim muzik pada kualiti nirhilang untuk Apple Music. Bersama-sama dengannya, Apple turut memperkenalkan ciri Spatial Audio dengan Dolby Atmos.

Dalam satu temuramah oleh Billboard bersama dengan naib pengerusi Apple Music dan Beats, Oliver Schusser telah mendedahkan status kejayaan Apple Music sejak memperkenalkan dua ciri ini.

Apple dikatakan sedar yang ciri menstrim audio nirhilang mempunyai nice yang kecil. Tidak semua orang boleh bezakan antara audio biasa dan audio nirhilang dan tidak semua orang memiliki aksesori atau perkakasan yang sesuai untuk menstrim audio seperti ini.

Disebabkan itu mereka memperkenalkan ciri Spatial Audio yang boleh dinikmati oleh lebih ramai pengguna. Ciri yang sama turut diperkenalkan untuk pengguna Apple Music di Android. Tambahan Oliver lagi, sejak ciri ini diperkenalkan terdapat lebih 50% pengguna Apple Music di seluruh dunia menggunakan ciri ini kerana lebih ramai orang memiliki aksesori audio yang menyokongnya berbanding aksesori audio khusus untuk audio nirhilang.

Adakah anda di kalangan pengguna Apple Music yang mendengar dengan Spatial Audio atau lebih menggemari audio nirhilang?

Komen