Carian
YouTube Menghalang Kandungan Media Rusia Di EU dan UK
March 2, 2022 Effi Saharudin

Satu demi satu halangan mula dikenakan ke atas Rusia. Sebelum ini YouTube menghalang saluran media Rusia seperti Sputnik dan Russia Today dari mengakses pengiklanan. Hari ini mereka dikenakan pula halangan dari kandungan diakses pengguna di negara ahli Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom.

Halangan diumumkan oleh Google pagi ini bagi menghalang penyebaran kandungan yang dilihat sebagai propaganda Rusia untuk menghalalkan serangan ke atas Ukraine. Selepas hampir seminggu konflik bermula, Rusia menggiatkan serangan mereka ke Kharkiv semalam.

Rusia telahpun memberi amaran kepada syarikat media sosial dari Amerika Syarikat untuk mengembalikan akses pengiklanan kepada akaun media dari negara mereka semalam. Dengan konflik masih belum menunjukkan petanda ia akan berakhir. Malahan Apple misalnya tidak lagi menawarkan produk secara atas talian di Rusia dengan pengeluar cip global menghentikan penghantaran serta merta.

Komen