Cari @ Amanz

Pada hari ini, pelbagai syarikat kenderaan melihat ke arena kenderaan elektrik. Di Malaysia, Perodua sedia menyatakan hasrat untuk hadir dengan kenderaan elektrik pada harga kompetitif.

Selain Perodua, kini penganalisa menyasarkan Proton akan memasuki arena kenderaan elektrik pada 2027 kelak.

Buat masa ini, perancangan penuh berkaitan kenderaan elektrik Proton masih tidak diketahui lagi. Setakat ini, pihak Proton melalui Proton Edar telah menyatakan akan menjual kenderaan Smart #1 di Malaysia tidak lama lagi, iaitu salah satu kereta elektrik kerjasama dengan pihak Geely.

Memandangkan pelbagai pihak telah mula melaksanakan pengenalan lokasi pengecasan kenderaan – mungkin kelak pengenalan kereta elektrik Proton akan tersedia dengan ekosistem lengkap yang memudahkan pengguna.

Untuk makluman, sebelum ini pada 2017 lepas, pihak Proton sedia berkongsi bakal hadir dengan tiga variasi kenderaan, iaitu kereta elektrik, kereta swapandu dan juga kereta terbang. Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan satu demi satu pengenalan berkenaan direalisasikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd