Carian
Katil Bauhutte Boleh Berubah Menjadi Kerusi Gaming Yang Selesa
April 7, 2022 Effi Saharudin

Ada golongan gamer yang tidak tidur kerana asyik melakukan misi dungeon raid yang mengambil masa puluhan jam untuk dihabiskan. Akibatnya tubuh mereka sakit dan ditambah pula masalah sekiranya mereka tidak duduk pada kerusi yang selesa. Firma Bauhutte dari Jepun menyelesaikan masalah ini dengan mengeluarkan katil yang juga sebuah kerusi gaming.

Katil boleh berubah menjadi kerusi yang selesa dengan mengangkat bahagian kaki sehingga 35 darjah dan belakang pula sehingga 60 darjah dengan menggunakan dua motor elektrik. Ini adalah posisi selesa seperti sebuah kerusi malas. Selepas tamat sesi permainan ia boleh diratakan semula untuk menikmati tidur yang selesa.

Ia direka untuk pengguna sehingga 200 kilogram. Sekiranya berminat Bauhutte BGB-100FA dijual pada harga 57,000 yen (~RM1943) tanpa tilam. Ini bukan satu-satunya produk gaming pernah mereka tawarkan kerana sebelum ni mereka melancarkan juga pengurut tangan, selimut musim sejuk dan katil gaming dengan bantal kekacang untuk gamer.

Komen