Isu Apple yang tidak membenarkan pengguna melakukan pembayaran luar daripada App Store masih lagi belum selesai. Isu hangat ini mula bangkit apabila Epic Games mula mendirikan hak mereka yang Apple tidak berlaku adil dalam cas yang dikenakan untuk setiap pembayaran yang berjaya melalui gedung aplikasi mereka.
Apple sepatutnya sudah perlu membenarkan pembayaran luar daripada App Store sejak Disember tahun lalu, namun mereka dibenarkan oleh mahkamah untuk tangguh perancangan ini.
Dalam kod iOS 15.5, pihak 9to5Mac telah menemui bukti yang versi iOS ini mungkin akan mula membenarkan pengguna melakukan pembayaran luar daripada App Store. Ini kerana terdapat kod yang akan memberi amaran kepada pengguna yang mereka tidak boleh uruskan sebarang pembelian atau langganan jika aplikasi dibuang melalui App Store. Sebaliknya pengguna perlu menghubungi pembangun aplikasi.
9to5Mac turut menyatakan yang Apple turut akan memberi amaran jika sesuatu aplikasi meminta pengguna untuk melakukan pembayaran luar daripada App Store. Namun ini hanya terhad untuk aplikasi terpilih. Ini mungkin adalah lebih kurang sama dengan apa Google lakukan bersama Spotify, iaitu rakan kerjasama terpilih sahaja dapat menawarkan alternatif kepada sistem pembayaran.